Saturday, April 17, 2010

Mesyuarat Agung: KATA-KATA ALUAN PENGERUSI JMB


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada seluruh penduduk, pemilik unit pangsapuri dan kedai Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam.

Syukur dengan izin Allah, dapat kita berkumpul hari ini bagi mengadakan Mesyuarat Agung ke-2 BADAN PENGURUSAN BERSAMA JMB “PK SEK: 7 COMMITTEE”.

Pada kesempatan ini, saya merakamkan jutaan terima kasih kepada penduduk yang memberikan sepenuh kerjasama kepada warga kerja serta ahli jawatankuasa JMB bagi menjalankan tanggungjawab mereka sepanjang penggal 2009/2010.

Sokongan dan kerjasama dari penduduk telah memudahkan pihak yang yang berkenaan untuk menjalankan tugas mereka bagi mengurus serta menyelenggara kawasan pusat komersil seksyen 7.

Penggal 2009/2010 juga menyaksikan beberapa seminar telah dihadiri oleh ahli jawatankuasa JMB bagi memantapkan pemahaman tentang cara bagaimana untuk menguruskan dan mengendalikan pengurusan harta bersama mengikut Akta (663) yang dikendalikan oleh pihak Pesuruhjaya Bangunan (COB) dan Pihak Lembaga Perumahan Selangor.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini merakamkan jutaan terima kasih kepada YB Yaakub Sapari/Datin Norini dan En Rizal Mawi kerana sudi hadir untuk memberi sokongan kepada pihak kami. Diharapkan kerjasama ini akan berterusan pada masa hadapan.

Jesteru itu sokongan dari penduduk, AJK dan warga kerja amat diperlukan bagi menjamin keharmonian serta kesejahteraan kawasan Pusat Komersil Seksyen 7 ini. Bak kata pepatah “Bersatu Kita Teguh Bercerai Kita Roboh”.

Sekian, Terima Kasih.

HJ. Shahrir Bin Shahodin AMN

Pengerusi

JMB “PK SEK: 7 COMMITTEE”

No comments:

Post a Comment